Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Tuesday, November 13, 2012

Balik Terengganu

Harini cuti am, sempena Deepavali..esok.kerja, lusa cuti, pastu kerja..alang-alang cuti banyak lagi, apa kata amik aje cuti. Kita balik Terengganu...rindu orang sana... tapi tak kan sama dengan rindu pada seseorang.. macam-macam dugaan kita kan, suka duka..tapi kita tetap mampu senyum.

Allahumma yasir wala tu asir...

Thursday, November 8, 2012

Cubaan..

Semakin kita diuji, semakin kuat rasa sabar kita..dan semakin sayang...

Allah menguji kita dengan pelbagai dugaan..

Allahumma yasir wala tu asir...

bukan senang nak mengekalkan sebuah hubungan kan?

Friday, November 2, 2012

Yey, da boleh tengok blog sendiri....hepinya...

Alhamdulillah, aku kembali menjadi seorang blogger..rindunya nak update segala kisah yang berlaku disebalik pelangi..

Aku update melalui tepon baru yg kubeli seken hen, xperia..perit jugela nk dapatkan xperia ni..walaupun gaji ak seberapa tapi aku tak la kedekut.. nak beli untuk sendiri kan tapi kenala ukur baju dibadan sendiri..

Tak sangka kan dah masuk bulan november da..tak lama lg bulan disember...takut rasanya bila kukenang kisah yang berlaku pada hujung disember lepas..ngeri sehh.. apa-apa pun, ini adalah entri pertama setelah aku dah.boleh buka blog.sendiri..sebelum ni blog kena block kt ofis..tu yang mati kutu tu..

Pada yang jauh dimata, wo ai ni....

Tuesday, August 7, 2012

Bila ada masalah

Rasa macam nak meraung..tapi bulan puasa, rasa nk share tapi tau apa yang kubuat ni salah. Sah-sah aku akan kena semula. Nak cerita dengan orang rasa malu, nak jaga aib orang yang berada dipihak defendan tu..eh bila pulak aku jadi plaintifnya ye? tiba-tiba pula..

Dibulan Ramadhan yang mulia ini aku tak putus-putus berdoa agar Allah permudahkan jalanku ini. Jalan apa ye? jalan menuju ke syurga. Untuk ke syurga berbagai-bagai dugaan terpaksa diharungi sama ada dengan emosi atau iman..atau kedua-duanya? atau tiada satu jawapan diatas? Tepuk dada tanyalah iman.

Terima kasih rakan atas nasihat yang diberikan selama ini. Nasihatmu menjadikan aku lebih kuat dan yakin pada diri, imanku bertambah dengan nasihat menutup aurat dengan sempurna. Sering diingat-ingatkan padaku..syukur lah kan..

Kesimpulannya, kalau dah berat sangat masalah tu, serahkan saja pada Dia..berikan keringanan, berikan jalan penyelesaian dan juga permudahkan.. Senang aje sebut kan, tapi berat juga..hmm..jangan putus doa..

Thursday, July 19, 2012

Selamat menyambut Ramadhan

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah pun nak masuk bulan Ramadhan. Selamat menyambut Ramadhan buat semua rakan blogger ku..semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Kelebihan Bulan Ramadhan


1) Kamu akan di naungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur).
2) Bulan penuh keberkatan.
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan.
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu.
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda.
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
7) Bulan menambah rezeki.
8 ) Memberi berbuka banyak pahala.
9) Bulan keampunan :-
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa & juga doa ada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
- 10 hari pertengahan - pengampunan,
- 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah

Tuesday, June 26, 2012

Rindu memaksaku menyayangimu

Rindunya aku pada blogku..tapi rasanya rinduku pada blog tak akan sama dengan rinduku pada seseorang.. Salahkah aku menyayangi dirinya? tak salah, kerana itu fitrah manusia. Kalau awak baca blog saya, lagu ni untuk awak tau..

i really miss you..aku rasa macam nak demam aje..

Andai engkau mengerti
Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari
Betapa hatiku merinduimu

Bukan mudahnya aku
Untuk melafazkan cinta
Sekali ku melafazkan
Sampai bila pun ku menyintamu

Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku

Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku menghadapi

Tiada apa yang engkau pinta
Sekadar kesetiaan
Selagi rindumu masih dihati
Cintamu terus bersemi

Saturday, April 7, 2012

Tatkala itu

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,


Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian..


Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,

Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu..


Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,

Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.


Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,

Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.


Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,

Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.


Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,

Ketahuilah dialah seorang 'pertapa setia' yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian..

Tuesday, March 27, 2012

Kain, dulu dan sekarang



Pada hari ini, 27 Mac 2012
Rasa syukur yang teramat sangat..

teringat masa dulu, tatkala aku menjalani hidup yang susah
nak makan pun berkais-kais, apatah lagi nak bermewah
beli kasut terpakai dipasar malam, rm10 sepasang, kalau untung dapat rm10 dua pasang..
kain pun syukur ada, daripada tak ada,
aku beli rm10 untuk 4 meter..itu pun beli setahun sekali..
alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada juga yang boleh dibeli
walaupun tak secantik orang lain

dua tahun lepas
ada kakak kat ofis beri padaku kain pasang
cantik sangat
warna purple dan pink
bila siap jadi baju semua menegur cantik
pastinya cantik kerana asal kainnya pun memang cantik
aku aje yang tak beli sebab tak berapa mampu nak beli
beli yang rm4-5 semeter aje
cukupla sekadar kain biasa asalkan ada

tahun lepas
aku beli kain di jakel,
3 pasang rm100..
ya Allah mahalnya..
akhirnya aku mampu membelinya..
punyalah rasa seronok sampai aku buat solat syukur
inilah kain yang mahal yang pernah aku beli

tahun ni
aku beli kain batik terengganu
aku pun macam tak percaya
aku ke yang beli ni
sepasang rm150
sepasang tu! 37.5 semeter..
tapi akhirnya ditawar-tawar dapat rm110
ya Allah, mahalnya kain aku..
terasa sayangnya aku nak pakai

hari ni
aku dapat kain dari kawan aku
tak pernah selama ini dapat kain yang secantik ini
rasa terharu sangat
mungkin petang ni aku nak buat solat syukur
aku nak doakan kesejahteraan kawanku itu
alhamdulillah

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts