Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini ialah blog peribadi kepunyaan Su Purple..segala isi kandungan blog ini adalah luahan dan pandangan yang tulus ikhlas dari tuan punya blog..dan beberapa ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama pembaca sekelian..

Apa yang baik dikongsi bersama, apa yang buruk dijadikan pengajaran.

Friday, February 27, 2009

Kisah disebalik pelangi


Hai bear pepel.. (kisah ni tak ada kena mengena dengan bear ni, iklan)

Kehidupan perlukan pengorbanan...

Perit juga hati dan jiwa ni nak mendeletekan kesemua kisah-kisah lalu. Tapi life must go on. Bak kata orang zaman sekarang, jangan pandang belakang. Kenapa tajuk kisah disebalik pelangi. Sewaktu menghadiri kursus keutuhan, untuk berjaya kena bersusah payah dahulu. Untuk mendapatkan keindahan pelangi, tidak dengan hanya langit yang cerah tetapi dengan hujan dan guruh, barulah pelangi muncul. Kesimpulannya bukan senang nak senang. Dan apa-apa pun kesabaran perlu ada agar kejayaan akan muncul juga, seperti pelangi yang timbul selepas hujan.

Tiada apa yang lebih bermakna melainkan berkongsi pengalaman suka duka bersama kalian. Bermula dari mencuba menulis sepatah dua kata akhirnya aku menjadi blogger yang tegar. Tidak ada yang lebih indah selain melihat blogku dan blog kalian dan berkongsi pengalaman masing-masing.

Hari ini aku menghadiri ceramah keutuhan yang bertajuk 'Menjana produktiviti melalui kerja berkumpulan' di HQ, Bangi. Memang menarik kerana topiknya bukan semata-mata membincangkan tentang perlunya kumpulan dan masalah yang sering dihadapi kumpulan. topik akhir yang dibincangkan ialah komunikasi. Sebenarnya komunikasi ini yang paling penting dalam sesebuah kumpulan.

Disebalik topik komunikasi ini, adakalanya kita merasakan apa yang kita katakan adalah benar dan jujur. Tapi bukan semua orang akan berfikir sama dengan kita. Untuk itu elakkan dari berkata dengan ayat 'double meaning' atau ayat berlapis-lapis bagi mengelakkan salah faham orang yang mendengar. Lain la kalau kawan-kawan rapat, tapi pun kena jaga-jaga juga takut dia ingat lain maksudnya.

Insya Allah lepas ni aku kena hati-hati bila berkata-kata dan meluahkan rasa hati dan perasaan.. Ceh wah, luahkan perasaan la pulak.

Hari ini adalah hari yang paling menggembirakan, setelah sekian lama akhirnya aku dapat juga anjakan gaji setelah sekian lama mengambil peperiksaan PTK. Menggigil kepala lutut dan tangan bila dapat surat, wa cakap sama lu.. Alhamdulillah....

Thursday, February 26, 2009

Salah blog ke ni

Tak la, bukan salah blog, blog ni masih kepunyaan Kak su a.k.a Su pepel. Demi menjaga sebuah perhubungan yang suci lagi murni, maka terpaksalah dilupuskan semua kisah-kisah yang keruh lalu blog ini akan menjadi sebuah blog yang suci bersih.

Selawat dan salam kepada semua pembaca yang setia, baik yang jauh mahupun yang dekat. Terima kasih yang tak terhingga buat sahabat blogger yang sudi mendengarkan luahan hati ini yang sering bercelaru lagi haru biru ini. Insya Allah, tuan punya blog pun ada hati dan perasaan dan akan cuba sedaya upaya untuk memperkasakan dan memantapkan diri dari luar dan dalam.

Aku copy paste artikel dari website Ustaz Shukri Yusoff untuk bacaan kalian. Happy reading..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam tahun baru kepada semua Sahabat Fitrah. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru untuk semua sahabat memandangkan kita masih lagi di minggu pertama 2009. Ramai orang selalunya dalam minggu yang pertama ini akan keluar dari mulut mereka satu pertanyaan yang sering kita dengar, “Apa azam baru pada tahun ini? Dan ramai yang akan menjawab dengan azam mereka masing. Bagaimana pula dengan anda? Adakah pada tahun ini anda semua benar-benar mempunyai keazaman yang baru? atau masih lagi tertunggak azam yang lama?

Bila menyebut soal azam, terlalu luas untuk kita kaitkan dengan perubahan yang patut kita lakukan? Bila kita menyebut azam baru 2009, sebenarnya dalam hati kecil kita sememangnya kita inginkan perubahan untuk 2009. Tidak kira siapa pun anda, status anda, jawatan anda dan juga organisasi anda. Jika anda sebagai seorang pekerja, apa perubahan yang anda ingin lakukan pada tahun baru ini. Jika anda seorang bos, apa yang perlu anda lakukan untuk staf anda? Jika anda sebagai organisasi atau majikan, apa penambahbaikan yang anda ingin lakukan supaya pekerja-pekerja di organisasi anda terus bermotivasi dan memberikan komitmen yang terbaik. Dan jika anda sudah berkeluarga apakah matlamat yang ingin anda capai untuk keluarga anda?

Tidak susah untuk memasang azam baru. Tapi apa yang lebih penting ialah bagaimana mengatur langkah untuk melaksanakan setiap azam dan memastikan azam yang kita niatkan benar-benar dapat direalisasikan. Keazaman perlukan istiqamah dan kesabaran. Keazaman juga perlukan pelan tindakan yang strategik untuk mencapai apa yang dihajati. Jangan setiap tahun kita hanya mempunyai azam baru, tetapi belum pun sampai bulan yang ketiga azam hilang dan anda kembali seperti setahun sebelumnya. Jadikan di minggu pertama 2009 ini masih sempat untuk anda membuat pelan tindakan yang sesuai dengan apa yang anda ingin capai. Insya Allah.

Nasihat buat kawan-kawan

pesanan dari sahabat

Kehidupan suatu cabaran, tabahkan hati menghadapi dugaan dan lawan. Bersedia mengkritik dan dikritik. Hadapi dunia luar dengan hati yang terbuka. Sentiasa belajar dan mendengar. Pasti hidup akan berjaya - insan terpilih

Popular Posts